Tuesday, January 25, 2011

Ucapan Pengerusi

Salam sejahtera kepada semua ibubapa dan guru-guru,

Selamat Datang ke Blog PIBG SK Puun Tunoh. Saya amat mengalu-alukan sokongan dan masa yang diluangkan untuk melayari blog ini.
Persatuan ini juga amat berbesar hati dan berterima kasih atas sokongan tuan-tuan dan puan-puan terhadap Sekolah Kebangsaan Puun Tunoh selama ini.

PIBG telahpun menjalankan aktiviti-aktiviti sejak ia diaktifkan semula pada tahun 2008 seperti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah, mengecat bilik-bilik darjah, menyumbangkan kipas untuk kegunaan murid-murid dalam bilik darjah, dan membaiki kerusi-meja murid-murid. Fungsi penting PIBG adalah untuk membantu sekolah demi kepentingan akademik, ko-kurikulum, dan kebajikan murid-murid.


Saya berharap para bubapa, penjaga dan guru-guru SKPT akan terus memberi sokongan dari segi fizikal dan kewangan demi kebaikan anak masing-masing di sekolah ini.

Sekian Terima Kasih..

1 comment: